Thursday, June 16, 2011

THE END.....

ASSALAMUALAIKUM


16 JUNE 2011....berakhir la fenomena slot akasia di TV3. fenomena yang mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat malaysia. cakap sahaja tajuknya, pasti akan heboh bercerita mengenai sebalik ceritanya!!

hah...inilah ceritanya.......anda tahu cerita ini????

sudah pasti bukan!! cerita yang digilai ramai oleh setiap lapisan masyarakat!! apa yang hebat mengenai cerita ini adalah ke-ROMATIKAN hero nyer iaitu Aaron Aziz yang memegang watak sebagai SETH TAN. beliau merupakan seorang pencinta yang agung dengan mencintai heroin nya iaitu Siti Saleha sebagai NORA ELENA. nak tahu lebih lanjut.....saya bagi anda bace sinopsisnya!!!

SINOPSIS
 Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang laluWalaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

..........................................................................................................................................................
ini pulak adalah barisan pelakonnya.dibawah ini pula adalah senarai nama watak-wataknya:

Aaron Aziz sebagai Mohd Seth Tan,
Miera Liyana sebagai Maria Tan,
Siti Saleha sebagai Nora Elena,
Ery Putra sebagai Amir,
Zul Ariffin sebagai Eid,
Fateen sebagai Adila,
Ana Dahlia sebagai Azira,
Shah Iskandar sebagai Malik,
Wan Sharmila sebagai Yvonne .

 NOVEL


anda tahu tidak??? cerita NORA ELENA merupakan sebuah karya adaptasi dari novel ini la.novel yang digarap oleh MEEN ZULAIKHA. jalan cerita yang sama cuma ada beberapa benda yang diubah mengikut kesesuaian jalan cerita. jadi, tak perlu cerita lebih lanjut mengenai novel la yew!!!

maka, dengan itu, berakhir la kisah NORA ELENA pada setiap petang!! pasti akan dirindui oleh semua kan???


tapi...aku nak sangat cari novel ini...nak bace kisahnya. baca novel dengan tengok filem atau dramanya adalah tak sama. jadi, aku nak tengok apa kelainannya!!!

TAMMAT