Sunday, December 4, 2011

LAWN BALL

haluu........

ha...aku kembali lagi !! hari nie aku berpeluang meng "update" belog nie lagi !! kelapangan la katakan.....tapi kadang-kadang bila dah lame tak update kat cinie, aku jadi buntu nak tulis apa. padahal banyak cerita yang aku nak tulis....tapi sebab masa tak mengizinkan..so...ape boleh buat kan??? dah masuk tahun 2...aku kene lebih banyak matangkan diri aku....tak mahu lagi jado orang yang senang kene buli ker......kene kutok ke.....tak mahu la !!

sekarang nie kat UTHM ada karnival sukan pelajar. so....aku yang kebosanan melayan waktu nie pon enjoy la dengan sukan nie. aku pon participate la dengan sukan....kan sukan itu bagus !! boleh kurus dan menyihatkan badan !! heee...........

for the 1st time in my life....aku main lawn ball !! LAWN BALL  atau lebih dikenali dengan bowling padang. dua perkara yang sama tapi berlainan ejaan !! sekarang aku nak citer sikit la pasal lawn ball nie......korunk nak bace ke tak...terpulang la......

nie contoh bola dye...nak kate berat sangat tak la...nak kate ringan pon tak !! tapi aku boleh angkat la....kalau kene kaki..sakit gak la !!

okey....dekat bawah nie ada tujuan dan care perminan yang aku google tadi !! aku pon tak tahu sangat...jadi aku google la !! hehee....korunk boleh bace kalau korunk nak kefahaman yang mendalam dan try main pada masa akan datang. ingat....dye ada padang khas...bukan sesuka hati je nak langgar main !!

BACE....JANGAN TAK BACE YEW !!

Lawn bowls adalah satu permainan yang seakan-akan sukan boling. Perbezaannya ialah tenpin boling tujuannya menjatuhkan 10 pin yang telah disediakan diatas lane atau lorong. Lawn bowls pula sasarannya ialah untuk mendekatkan bowls yang dileretkan kepada sebiji bola putih yang dinamakan "jack". Mengikut Encyclopaedia Britannica, sejarah lawn bowls telah bermula sejak 5000 tahun sebelum masihi. Semasa zaman Firaun, permainan ini dimainkan dengan menggunakan kepala manusia sebagai bowls. Sejarah awal yang dicatatkan tahun 1299 di Southampton, Selatan England, telah didapati "green" yang tertua sekali di mana ia telah dimainkan Masters Tertutup pertama. Gelanggang ini masih digunakan sehingga ke hari ini. St. Thomas telah menulis bahawa permainan ini talah dimainkan oleh kerabat diraja dan orang bangsawan. Mungikut sejarah lawn bowls pada 18 Julai 1588 di Playmouth Hoe, England, Sir Francis Drake telah bermain lawn bowls sementara menunggu kedatangan tentera dari Sepanyol untuk menyerang England. Pada tahun 1778 Captain James Cook telah menemui penduduk di pulau Sandwich sedang bermain permainan yang serupa dengan lawn bowls.

Sejarah permainan lawn bowls di Maaysia bermula semasa penjajahan British. Beberapa gelanggang lawn bowls telah dibina di Kelab Tasik Perdana, Kelab Sukan pulau Pinang dan Pengkalan Tentera Udara Australia di Butterworth pada tahun 1924. Setelah tentera Australia kembali ke negara mereka, kelab ini telah diambil alih oleh TUDM pada tahun 1987, tetapi ianya tidak didaftarkan. Pada tahun 1993 kelab ini telah ditukar nama kepada Kelab Lawn Bowls TUDM.

Persatuan Lawn Bowls Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1992. Akhirnya Persatuan Lawn Bowls Malaysia telah bergabung dengan lembaga Boling Dunia (WBB) pada tahun 1993. Pada tahun 1994, bahagian wanita pula telah bergabung dengan Lembaga Boling Wanita Dunia (WIBB). Penyertaan pertama pasukan negara di kejohanan rasmi ialah semasa Festival Sukan Arafura, yang diadakan di Darwin, Australia pada 24 hingga 30 April 1993. Kejohanan rasmi pertama di Malaysia ialah Kejohanan Terbuka Selangor yang telah diadakan di Kelab Golf Sultan Abd. Aziz, Shah Alam pada 17 hingga 20 Sepember 1993. Manakala kejohanan peringkat kebangsaan pula telah diadakan pada 25 hingga 30 Januari 1994 bertempat di kelab yang sama.
Gelanggang tiruan yang pertama dibina di negara ini ialah di Pusat Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur tahun 1994. Kejohanan yang pertama diadakan di gelanggang tiruan ialah semasa Sukan Malaysia yang telah diadakan di Ipoh yang bermula dari 10 hingga 13 Jun 1994. Sehingga kini, Malaysia mempunyai dua gelanggang rumput iaitu di Kelab Golf Sultan Abd. Aziz dan satu lagi di Kelab Lawn Bowls TUDM, Butterworth. Pembinaan gelanggang tiruan telah pun dibina di Ipoh yang mempunyai 2 gelanggang dan sebuah gelanggang di Kampung Pandan, Kangar, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor baharu dan Kuching.